Sunday, June 17, 2007

Weblog Day : Kalah Hanya Satu Mata.











(Gambar di upload oleh Cik Daun yang comel. Muahs! - Sebab dia ada camera yang nipis, cun dan lagi canggih. Ahaks!)

Hari Jumaat bertarikh 15/06/07. Malam sebelum Weblog Day. Malam Sabtu. Malam yang hujan. Sejuk. Di rumah Daun, pukul 9 malam. Aku, Nida, Daun, Hata, Attokz, Qaseh & Neslo terbongkok-bongkok membungkus gula-gula dan coklat bagi menyiapkan goodies bag untuk peserta treasure hunt dan peserta Weblog Day. Dan membungkus hadiah untuk cabutan bertuah. Membungkus hadiah untuk pemenang No 1 - 3 bagi acara Treasure Hunt. Juga memotong tag-tag nama yang telah siap di-design oleh Zhouls, di-print oleh Daun dan di-liminate oleh Nida.

3 orang dari Platuners merupakan MT Geng Jurnal 2007 - Nida, Daun & Amyz. Oleh itu, kamilah menjadi urusetia untuk Weblog Day. Juga menjadi peserta Treasure Hunt - Nida, Amyz & De5lin.

Kami, perempuan-perempuan yang suka menjerit-jerit sexsaited dengan hadiah-hadiah yang best. Even USB port yang dijadikan hadiah cabutan bertuah pun, kami menjerit-jerit kegirangan. Macamlah kami yang dapat hadiah-hadiah tersebut.

Kami takut acara ini tidak mencapai kepuasan peserta. Kami risau peserta komplen macam-macam. Kami harap semua orang dapat enjoy. Kami bersurai pukul 11 lebih. Dengan harapan, esok semuanya berjalan lancar. Harapnya begitulah.



Menjelang hari kejadian bertarikh 16 Jun 2006. Memakai t-shirt pink sebagai tema Pink Platun bagi acara Treasure Hunt.

Menjemput De5lin sebelum memecut laju ke Dataran Merdeka. Pagi Sabtu itu mendung. Bau lumpur di Dataran Merdeka masih belum hilang. Buku-buku dari Perpustakaan KL dan Kanak-Kanak berselerakan di lantai. Oh, sayangnya, bisikku dalam hati. Aku pandang langit. Berharap hujan tidak turun untuk hari itu. Hanya untuk hari itu sahaja. Tuhan, tolonglah.

Unloading semua barang-barang yang ditugaskan oleh aku untuk dibawa pada hari kejadian dari kereta. 40 bungkus mihun goreng. 2 paper bag mengandungi majalah-majalah dan satu kotak benda-alah-comel. Potluck berupa potongan honeydew, aku simpan dalam bonet kereta Cik Daun. Lin bawa potluck best ok! Roti Jala. Woo!

Nida membuka meja (tangga) pendaftaran dari pukul 9:30 sehingga pukul 10. Attokz memulakan sesi penerangan tepat pukul 10 dan melepaskan kami untuk Treasure Hunt tepat pukul 10:30 pagi.

Aku, Nida & Lin tidak terus pergi ke sektor satu : iaitu di Pasar Seni. Sebaliknya, kami bincang dahulu soalan Treasure. Soalan yang meminta kami meneka barang yang perlu dibeli dan diserahkan di kaunter penamat. Kami bersetuju bermula di Ampang Park bagi memudahkan kami shot ke Titiwangsa untuk menamatkan TH sebelum pukul 2.

Kami memulakan pencarian di Ampang Park. Bergerak dari Ampang Park dengan LRT ke Avenue K sebelum ke Pasar Seni untuk menyelesaikan soalan lokasi 3 sector.

Kembali ke Ampang Park untuk membeli barang treasure di TC Permata dan terus bergerak ke Titiwangsa. Kami sampai Titiwangsa dalam pukul 1:30ptg. Melihat team-team dari MSGBox sudah kelihatan di situ. Sebenarnya buatkan kami gusar. Mereka masih berbincang. Aku, Nida dan Lin dah terlalu penat untuk berbincang lagi. Kami serahkan jawapan dan treasure kepada Attokz. Menjadikan kami kumpulan pertama menghantar jawapan.

Aktiviti makan-makan dari pukul 2 hingga pukul 3. Daun mengendalikan sesi ice-breaking dengan comel. Comel betul Daun! Sehinggalah hujan turun selebat alam. Kami hanya buat aktiviti makan dan makan serta berbual-bual dengan orang yang datang.

Attokz menjadikan perteduhan hujan di pondok itu meriah dengan permainan Raja Botol. Aku tarik diri awal-awal. Aku tak hafal sifir 7. So, what? Daun pula wakilkan Neslo sebagai wakil Pink Platun. Haha. Persaingan sengit antara Neslo & Kak Nis menyaksikan kekalahan Raja Botol 2005, Neslo kepada Kak Nis. Aaaa... Jerit Daun tidak percaya.

Dalam sesi penerangan jawapan pukul 4. Setiap jawapan yang betul - kami - aku, Nida dan Lin - I-love-you-ing dan muah-muah each other. Keji. Macamlah menang.

Keputusan muktamad menyatakan kami hanya mampu menduduki tangga ke 4. Kalah kepada 3 team MSGBox. Oh, malangnya. Kami rasa terkilan dengan kecepatan kami berputus-asa. Kami kalah hanya satu mata. Pink Platun kalah hanya satu mata.

Tak mengapa. Mungkin boleh cuba tahun depan. Moto baru Pink Platun ialah Beauty with brains. Haha. Cheers! Mana boleh emo~ :-)

7 comments:

Anonymous said...

Baju pink pegang payung tu comel.

Ble berkenalan tak?

Lan Rambai said...

oit..oit.. itu payung aku tu!!!!

Anonymous said...

bukan main cerah uya, pakai fair n lovely ke? haha

Kemat said...

OOo..patut la masa kita org dlm lrt nak ke ampang park nampak korang dah patah balik..ingatkan korang dah abis..cuak gak time tu..terganggu emosi..rupanye korang start dari ampang park dulu..

Amyz! said...

Nazri : tak boleh! yg pegang payung tu dah berpunya. dan berdua yang lebih hebat!

Lan : Oit! Oit! Percubaan nak culik payung baru aku ye?? *aku lupa nak tulis kat entri yang kau cuba menculik payung pink aku. Haha*

anoy : Hahaha. Uya pakai foundation. Hahaha.

Kemat : Ya. Itu strategi kami. Gangguan emosi kepada team lain juga strategi. Biar orang fikir. Lajunya Pink Platun ni. Terelnya Pink Platun ni. Dan sebagainya~ Psiko. Psiko. Hahaha.

June said...

korang tahukan... bahawa aku ini penyokong Pink Platun.

Anonymous said...

tiff : Tahu! Tahu! I love you!!