Sunday, June 10, 2007

sudah. ada. ditanganku.

Aku jumpa. Nazmi.
Bawak jalan-jalan, ya, betul-betul berjalan-jalan bukan setakat mengatakan membawa dia berjalan-jalan tapi aku buat dia berjalan-jalan dan bertanya kemudiannya,

"Agak-agak kau, berapa kilo dah kau bakar hari ini?"
"1 1/2 kilo"

Dia jawab dengan serious, aku tak gelakkan sebab aku memang buat dia berjalan. Kesian Nazmi. Nazmi yang baik hati, yang sibuk dinner dengan menteri-menteri setiap hari, tertangguh-tangguh aku nak berjumpa dengan dia untuk mendapatkan stok pinkplatun aku. Nazmi hari ini bukan Nazmi dulu-dulu, Nazmi hari ini courier international yang dinner dengan menteri-menteri. Orang yang membayar tiket kapalterbang dia, aku ucapkan terima kasih sangat-sangat, tanpa kedatangan Nazmi aku tak dapat buku yang ditandatangani oleh few bloggers (thanks very much girls but syura *sigh* harus aku merajuk! kau lupa tandatangan!), stok-stok happy pills dan kerepek-kerepek yang menggembirakan aku buat seketika. Dan yang paling best, aku ada visitor. Aku suka bila ada visitor sebab aku anti-sosial dan bila sesekali bersosial aku happy dan selepas Nazmi ni aku akan hibernate berbulan-bulan lamanya sebelum jumpa orang lain pula.

Aku baca Pink Platun dalam bus no 25, kepenatan berjalan-jalan, kaki kelenguhan, kehausan dengan kepanasan kota London yang berdebu. Nazmi menulis sajak tentang kota batu merah dan aku di depan komputer, tengah-tengah malam, menjerit sorang-sorang - "Ini kota kelabu! berdebu!".

Sebelum aku dapat copy PP aku sudah baca the drafts. Proofreader tak terlantik tapi berbeza dengan baca buku dan blog ya? Berbeza, sebab kau tak dapat untuk membaca semua blog, lebih-lebih lagi orang macam aku yang semakin lama semakin jarang membaca blog kecuali blog kawan-kawan rapat sekadar ingin tahu, masih hidup lagi ke mereka? ok ke life mereka? happy ke? sedih ke? apa ke?

Dan aku baca dan aku fikir, kenapa ya? kenapa aku tak pernah baca blog ini? kenapa ya? kenapa aku tak pernah baca blog yang itu? kenapa ya? aku tahu satu-satu penulis-penulis dalam pinkplatun, bukan tahu as in kenal siapa-siapa mereka tapi tahu, mereka wujud cuma tidak pernah terbaca blog mereka. Maaf kawan, maaf ya tapi setiap kali aku baca, mesti akan terfikir, betapa bagusnya setiap penulis kecuali aku (nida, majalah mana yang kau bandingkan dengan aku? ha ha ha buat aku tergelak sorang-sorang dalam bas tadi!).

Aku jadi peminat membaca blook bukan sebab menyokong kawan-kawan sahaja tapi sebab masa di depan computer semakin berkurangan, membaca buku-buku hasil mereka keeps you up to date with their lives even if it's about past events only. Tapi alasan paling kukuh membeli buku-buku kawan-kawan adalah, aku tahu, mereka bukan menulis fiksyen tentang cerita anak-anak dato'-datin, orang kaya mana-mana yang bercinta dengan orang-orang kelas bawahan, cinta yang terpisah dek benua,cinta monyet, perbezaan darjat, bezanya darah orang kaya dan orang miskin dan sebagainya.

Aku disini, sudah naik lusuh buku AyahAkuBos & buku MatJan yang aku baca. Bila aku bosan baca buku-buku lain, aku capai buku-buku ni. Kemudian Syura bagi Kudeta pula, Nazmi tidak mahu membawakan Kalashnikov (if i don't get wrong) sebab takut kena tahan di immigration. Bila aku tercampak kat kampung Dijon, tercampak di Grasmere, tercampak tempat-tempat jin bertendang, buku-buku kawan-kawan yang jadi peneman. Dan yang tak kenal, jadi kawan juga....

Maybe it's not top quality books to you but at least all these blooks wasn't crap writing either (excluding me, oh saya memang penulis yang gagal. Harus stashed away saja niat mahu jadi penulis. stick to just being a salesman)

Oleh itu, jawapan kepada soalan Manusia Pekasam kenapa dia harus membeli PP terjawab diatas. Dan seperti biasa, bukan seperti blogger-blogger yang lain, aku tak reti reply comments pendek-pendek pada soalan yang simple.

5 comments:

Amyz! said...

Hahaha. Ika, welcome back! Hahaha. Aku suka entri ni! Hahaha. *Kiss ass lagik*

Anonymous said...

Akak pun suka entri ini... Ika tentunya tak kenal akak kan? akak pun tak kenal Ika juga... tapi tak kisahlah...kita ada di dalam blook tu...sama2 ada...hehehe

Jaga diri di rantau orang tu ye...

Nida Shaari said...

Ika,

Baca jer entry ni aku tau, tak payah nak cari la majalah mana yang aku bandingkan.

Kau berada dalam kelas tersendiri lah.

dan serius!! macam catatan dalam majalah

Anonymous said...

ha ha ha amyz berjaya kiranya kiss ass kau nieh, aku akan bawa pulang untuk kau bus london ok? buat tandamata. nazmi suka dapat naik bus london, tapi kau akan lagi suka dapat mempunyainya sebuah?no? haha.

keep up the kissing assing ok?

akak raden galoh, hoho memang tak kenal sangat but kadang2 syura cerita tentang perkembangan buku ni semua kenallah sikit2kan?

doakanlah saya di rantauan ni ya :)

Nida,

adakah kau mengatakan.... aku harus publish magazine sendiri? Dato' mana harus aku pau? tak cakap awal2 kot2 boleh suruh nazmi tanya menteri2 tuari ada yang nak jadi sugar daddy, support underground mag aku ke. takpun menteri kau ke? heheheheehe.

Anonymous said...

ooo..
patutlah aku tgk nazmi kurus sikit masa jumpa kat weblog day haritu..
haha..