Tuesday, July 03, 2007

Hari Ini, Dia Online

Separa Fiksi. {percubaan untuk menulis cerita entah apa-apa}

Aku nampak nama dia online. Aku berdebar-debar. Hampir pecah dada aku menahan debaran. Boleh atau tidak aku tegur dia? Adakah dia akan menjawabnya? Apakah dia merindui aku? Seperti aku rindukan dia?

Aku cuba untuk klik nama dia yang online. Icon senyum YM itu. Aku harap bukan senyum yang mengejekku.

Aku double-click juga nama dia, akhirnya. Aku beri salam.

1 saat.

2 saat.

3 saat.

1 minit.

1 minit 30 saat.

Saat aku hampir putus asa. Window YM nama dia itu berkelip-kelip.

Aaaaa.. Dia jawab salam aku! Dia tanya khabar aku! Hati aku berbunga-bunga. Macam matahari yang timbul selepas hujan.

Dan kami rancak berbual seperti dahulu. Bergurau seperti waktu dulu. Tapi tak bicara tentang hati, emosi dan rasa yang aku pendam dalam diam. Terhadap dia yang aku puja-puja. Dia yang telah menjadi milik wanita lain yang bertuah memilikinya.

Dia minta permisi. Dia mahu akhirkan perbualan kami selepas 20 minit. Dia terpaksa bertugas. Aku sebak. Tidak tahu bila lagi dia mungkin akan online. Mungkin minggu depan. Mungkin bulan depan. Mungkin tahun depan. Mungkin tak online. Sampai bila-bila.

Apa daya. Dia milik orang. Dia suami orang. Pastinya tiada satu ruang pun untuk aku dihatinya.

Namun, sebelum dia keluar. Sebelum ikon senyum YM namanya bertukar menjadi kelabu. Sempat dia ucap kata rindu. Pada aku.

Aku terpaku. Aku kelu. Jariku di keyboard kaku.

Dan mata aku hanya dapat melihat ikon senyum namanya telah bertukar menjadi kelabu.

4 comments:

Anonymous said...

boleh tak aku katakan, ini lagi interesting baca then bab yang kau email tuh? heh. jangan marah ok?

Amyz! said...

anoy : Hahahahahaha. Adeh.. Susahlah aku mahu menjual itu novel. Hahaha. Btw, terima kasih.. :-)

ruslina said...

sangat kejam kan?
end up dgn kata rindu,
lelaki memang manis mulutnya,
aku teringat satu nasihat,:
'wanita itu lemahnya di telinga'

Nonchalantly anxious said...

Merindui tak bermakna memiliki,bukan?
Saya faham rasa hatimu.