Sunday, June 17, 2007

Weblog Day : Kalah Hanya Satu Mata.











(Gambar di upload oleh Cik Daun yang comel. Muahs! - Sebab dia ada camera yang nipis, cun dan lagi canggih. Ahaks!)

Hari Jumaat bertarikh 15/06/07. Malam sebelum Weblog Day. Malam Sabtu. Malam yang hujan. Sejuk. Di rumah Daun, pukul 9 malam. Aku, Nida, Daun, Hata, Attokz, Qaseh & Neslo terbongkok-bongkok membungkus gula-gula dan coklat bagi menyiapkan goodies bag untuk peserta treasure hunt dan peserta Weblog Day. Dan membungkus hadiah untuk cabutan bertuah. Membungkus hadiah untuk pemenang No 1 - 3 bagi acara Treasure Hunt. Juga memotong tag-tag nama yang telah siap di-design oleh Zhouls, di-print oleh Daun dan di-liminate oleh Nida.

3 orang dari Platuners merupakan MT Geng Jurnal 2007 - Nida, Daun & Amyz. Oleh itu, kamilah menjadi urusetia untuk Weblog Day. Juga menjadi peserta Treasure Hunt - Nida, Amyz & De5lin.

Kami, perempuan-perempuan yang suka menjerit-jerit sexsaited dengan hadiah-hadiah yang best. Even USB port yang dijadikan hadiah cabutan bertuah pun, kami menjerit-jerit kegirangan. Macamlah kami yang dapat hadiah-hadiah tersebut.

Kami takut acara ini tidak mencapai kepuasan peserta. Kami risau peserta komplen macam-macam. Kami harap semua orang dapat enjoy. Kami bersurai pukul 11 lebih. Dengan harapan, esok semuanya berjalan lancar. Harapnya begitulah.



Menjelang hari kejadian bertarikh 16 Jun 2006. Memakai t-shirt pink sebagai tema Pink Platun bagi acara Treasure Hunt.

Menjemput De5lin sebelum memecut laju ke Dataran Merdeka. Pagi Sabtu itu mendung. Bau lumpur di Dataran Merdeka masih belum hilang. Buku-buku dari Perpustakaan KL dan Kanak-Kanak berselerakan di lantai. Oh, sayangnya, bisikku dalam hati. Aku pandang langit. Berharap hujan tidak turun untuk hari itu. Hanya untuk hari itu sahaja. Tuhan, tolonglah.

Unloading semua barang-barang yang ditugaskan oleh aku untuk dibawa pada hari kejadian dari kereta. 40 bungkus mihun goreng. 2 paper bag mengandungi majalah-majalah dan satu kotak benda-alah-comel. Potluck berupa potongan honeydew, aku simpan dalam bonet kereta Cik Daun. Lin bawa potluck best ok! Roti Jala. Woo!

Nida membuka meja (tangga) pendaftaran dari pukul 9:30 sehingga pukul 10. Attokz memulakan sesi penerangan tepat pukul 10 dan melepaskan kami untuk Treasure Hunt tepat pukul 10:30 pagi.

Aku, Nida & Lin tidak terus pergi ke sektor satu : iaitu di Pasar Seni. Sebaliknya, kami bincang dahulu soalan Treasure. Soalan yang meminta kami meneka barang yang perlu dibeli dan diserahkan di kaunter penamat. Kami bersetuju bermula di Ampang Park bagi memudahkan kami shot ke Titiwangsa untuk menamatkan TH sebelum pukul 2.

Kami memulakan pencarian di Ampang Park. Bergerak dari Ampang Park dengan LRT ke Avenue K sebelum ke Pasar Seni untuk menyelesaikan soalan lokasi 3 sector.

Kembali ke Ampang Park untuk membeli barang treasure di TC Permata dan terus bergerak ke Titiwangsa. Kami sampai Titiwangsa dalam pukul 1:30ptg. Melihat team-team dari MSGBox sudah kelihatan di situ. Sebenarnya buatkan kami gusar. Mereka masih berbincang. Aku, Nida dan Lin dah terlalu penat untuk berbincang lagi. Kami serahkan jawapan dan treasure kepada Attokz. Menjadikan kami kumpulan pertama menghantar jawapan.

Aktiviti makan-makan dari pukul 2 hingga pukul 3. Daun mengendalikan sesi ice-breaking dengan comel. Comel betul Daun! Sehinggalah hujan turun selebat alam. Kami hanya buat aktiviti makan dan makan serta berbual-bual dengan orang yang datang.

Attokz menjadikan perteduhan hujan di pondok itu meriah dengan permainan Raja Botol. Aku tarik diri awal-awal. Aku tak hafal sifir 7. So, what? Daun pula wakilkan Neslo sebagai wakil Pink Platun. Haha. Persaingan sengit antara Neslo & Kak Nis menyaksikan kekalahan Raja Botol 2005, Neslo kepada Kak Nis. Aaaa... Jerit Daun tidak percaya.

Dalam sesi penerangan jawapan pukul 4. Setiap jawapan yang betul - kami - aku, Nida dan Lin - I-love-you-ing dan muah-muah each other. Keji. Macamlah menang.

Keputusan muktamad menyatakan kami hanya mampu menduduki tangga ke 4. Kalah kepada 3 team MSGBox. Oh, malangnya. Kami rasa terkilan dengan kecepatan kami berputus-asa. Kami kalah hanya satu mata. Pink Platun kalah hanya satu mata.

Tak mengapa. Mungkin boleh cuba tahun depan. Moto baru Pink Platun ialah Beauty with brains. Haha. Cheers! Mana boleh emo~ :-)

Sunday, June 10, 2007

sudah. ada. ditanganku.

Aku jumpa. Nazmi.
Bawak jalan-jalan, ya, betul-betul berjalan-jalan bukan setakat mengatakan membawa dia berjalan-jalan tapi aku buat dia berjalan-jalan dan bertanya kemudiannya,

"Agak-agak kau, berapa kilo dah kau bakar hari ini?"
"1 1/2 kilo"

Dia jawab dengan serious, aku tak gelakkan sebab aku memang buat dia berjalan. Kesian Nazmi. Nazmi yang baik hati, yang sibuk dinner dengan menteri-menteri setiap hari, tertangguh-tangguh aku nak berjumpa dengan dia untuk mendapatkan stok pinkplatun aku. Nazmi hari ini bukan Nazmi dulu-dulu, Nazmi hari ini courier international yang dinner dengan menteri-menteri. Orang yang membayar tiket kapalterbang dia, aku ucapkan terima kasih sangat-sangat, tanpa kedatangan Nazmi aku tak dapat buku yang ditandatangani oleh few bloggers (thanks very much girls but syura *sigh* harus aku merajuk! kau lupa tandatangan!), stok-stok happy pills dan kerepek-kerepek yang menggembirakan aku buat seketika. Dan yang paling best, aku ada visitor. Aku suka bila ada visitor sebab aku anti-sosial dan bila sesekali bersosial aku happy dan selepas Nazmi ni aku akan hibernate berbulan-bulan lamanya sebelum jumpa orang lain pula.

Aku baca Pink Platun dalam bus no 25, kepenatan berjalan-jalan, kaki kelenguhan, kehausan dengan kepanasan kota London yang berdebu. Nazmi menulis sajak tentang kota batu merah dan aku di depan komputer, tengah-tengah malam, menjerit sorang-sorang - "Ini kota kelabu! berdebu!".

Sebelum aku dapat copy PP aku sudah baca the drafts. Proofreader tak terlantik tapi berbeza dengan baca buku dan blog ya? Berbeza, sebab kau tak dapat untuk membaca semua blog, lebih-lebih lagi orang macam aku yang semakin lama semakin jarang membaca blog kecuali blog kawan-kawan rapat sekadar ingin tahu, masih hidup lagi ke mereka? ok ke life mereka? happy ke? sedih ke? apa ke?

Dan aku baca dan aku fikir, kenapa ya? kenapa aku tak pernah baca blog ini? kenapa ya? kenapa aku tak pernah baca blog yang itu? kenapa ya? aku tahu satu-satu penulis-penulis dalam pinkplatun, bukan tahu as in kenal siapa-siapa mereka tapi tahu, mereka wujud cuma tidak pernah terbaca blog mereka. Maaf kawan, maaf ya tapi setiap kali aku baca, mesti akan terfikir, betapa bagusnya setiap penulis kecuali aku (nida, majalah mana yang kau bandingkan dengan aku? ha ha ha buat aku tergelak sorang-sorang dalam bas tadi!).

Aku jadi peminat membaca blook bukan sebab menyokong kawan-kawan sahaja tapi sebab masa di depan computer semakin berkurangan, membaca buku-buku hasil mereka keeps you up to date with their lives even if it's about past events only. Tapi alasan paling kukuh membeli buku-buku kawan-kawan adalah, aku tahu, mereka bukan menulis fiksyen tentang cerita anak-anak dato'-datin, orang kaya mana-mana yang bercinta dengan orang-orang kelas bawahan, cinta yang terpisah dek benua,cinta monyet, perbezaan darjat, bezanya darah orang kaya dan orang miskin dan sebagainya.

Aku disini, sudah naik lusuh buku AyahAkuBos & buku MatJan yang aku baca. Bila aku bosan baca buku-buku lain, aku capai buku-buku ni. Kemudian Syura bagi Kudeta pula, Nazmi tidak mahu membawakan Kalashnikov (if i don't get wrong) sebab takut kena tahan di immigration. Bila aku tercampak kat kampung Dijon, tercampak di Grasmere, tercampak tempat-tempat jin bertendang, buku-buku kawan-kawan yang jadi peneman. Dan yang tak kenal, jadi kawan juga....

Maybe it's not top quality books to you but at least all these blooks wasn't crap writing either (excluding me, oh saya memang penulis yang gagal. Harus stashed away saja niat mahu jadi penulis. stick to just being a salesman)

Oleh itu, jawapan kepada soalan Manusia Pekasam kenapa dia harus membeli PP terjawab diatas. Dan seperti biasa, bukan seperti blogger-blogger yang lain, aku tak reti reply comments pendek-pendek pada soalan yang simple.

Monday, June 04, 2007

Mlm Maskara yg Ada Pemandangan Indah

Untuk pertama kalinya. Untuk julung-julung kalinya. Program anjuran Sindiket SolJah ini, aku mahu katakan ianya berjaya. Tahniah Encik Pengarah Projek dan Sindiket SolJah. Tahniah!

Ya, malam MASRAKA itu punya pemandangan yang indah. Oh, bisa gugur jantung gwe!

Detail aturcara di blog MatJan.

Platuners yang hadir dan memberi sokongan kepada kami : MULAN, SALINA & NETT. Terima kasih.

Pembaca naskah pertama : Amyz.
Membacakan nukilan Nureffa; Gadisku.

Pembaca naskah ketiga : Nida.
Membacakan nukilan Nett; Cinta Bukan Semudah Bicara.

Pembaca naskah kelima : Daun.
Membacakan nukilan sendiri : Winter '97.

Pink Platun juga dijual pada malam itu. Tidaklah laris, tetapi ada juga yang membelinya. Terima kasih. :-)

Gambar kenang-kenangan. Hihi.


Sedang berdebar-debar menunggu giliran. Kecuali Salina


Amyz


Nida. Ada iringan musik ok!


Daun.


Diminta mengiringi PanahArjuna membacakan naskahnya.


Lepas MASKARA.

Gambar lain akan di upload di fotopages. Nanti dah update, aku beritahu.

Saturday, June 02, 2007

MASKARA

Tajuknya Sangat Panjang. Aku tidak mahu letak di bahagian Tajuk. Takut ia akan ganggu paparan layout Pink Platun dan link di bahagian previous entry. Ya. Aku sangat menjaga paparan layout blog agar sentiasa lawa.

Tajuknya ialah -
MALAM BACA NASKHAH SINDIKET SOL-JAH DAN KAWAN-KAWAN YANG KITA SUKA (MASKARA).

TEMPAT: RUMAH PENA
TARIKH: 2 JUN 2007
MASA: 8 MALAM

Detailnya di SINI dan di SINI

Sindiket Sol-Jah telahpun menjemput Pink Platun untuk hadir memeriahkan suasana.

Jadi, aku mahu jemput Platuners & semua pembaca/penyokong/peminat Pink Platun untuk hadir bagi menyokong aktiviti seni seperti ini.

Pink Platun juga ada terlibat. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk berjumpa platuners. Tandakan tarikh 2 Jun untuk MASKARA dan pakailah Pink untuk sokong kami.

Hooray!