Sengaja aku ambil cuti hari Isnin semalam. Sebab satu, untuk temankan nenek bertemujanji dengan doktor di Hospital Ampang.
Sebab dua. Yang penting sekali. Kerana Pink Platun kita ini. Berurusan dengan Meteor Doc untuk pencetakan naskah PP. Amat senang sekali berbicara dengan Nurul. Sangat friendly. Aku dah berlapang hati bila aku call Nurul pagi semalam di Hospital.
Mula aku risau, kalau-kalau urusniaga aku dan Meteor mungkin menghadapi kesukaran kerana selama ini Nida saja yang berurusan. Nida tenangkan aku, "Sebut aje nama aku" Cess!
Aku memandu ke Meteor Doc dan sampai di sana tepat 2:30ptg. Berdebar-debar sekali. Aku buat-buat saja muka confident aku tu.
Deal berlangsung lebih kurang sejam. Sebaik aku tandatangan sahsetuju dan penetapan tarikh siap di mork-up naskah PP dan cover PP. Hilang semua risau, beban, segala macam perasaan dalam hati dan fikiran aku.
Kini, debaran aku hanya menunggu Jumaat tiba.
Tuesday, May 08, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment