Thursday, May 24, 2007

Pink Platun Review.

Ehem. Ehem. Berita hari ini. :-)

Saharil Hasrin Sanin, seorang penulis & blogger tersohor telah di'approach' oleh Cik Daun untuk membeli Pink Platun dan telah menulis review ringkas tentang Pink Platun.

Pada awalnya, sebelum membaca pun, aku macam sudah dapat mengagak, (dengan sinikal dan sedikit caunivis) bagaimana bentuk teksnya - Orang perempuan, bila menulis, tentulah stereotaipnya memperkatakan tentang kehidupan single sambil sekali sekala mengutuk org lelaki. (kerana ramai perempuan, sedar ataupun tidak, berangan mahu menjadi Carries Bradshaw - walaupun dia tak tahu pun Carrie tu siapa)

Tetapi, walaupun tekaan aku separuh betul - separuh lagi kesasar jauh.

More..


Dengan besar hati, platuners mengucapkan riban-riban terima kasih kepada beliau. :-)

Tuesday, May 15, 2007

dug dag menanti pink platun

Salam buat semua...

terkial-kial juga nak posting kat sini. alhamdulillah dapat juga akhirnya.

syukur blook kita ni dah siap. tapi ahad lepas bandar tasik selatan ribut dan hujan lebat sangat dan tak dapat lah nak ke midvalley untuk mengambil buku.

hari ni amyz janji nak drop by dan kasi buku... thee he he...sungguh ku tak sabar...

platunis signature

Radengaloh

Salina

CikDaun

Amyz



And last not least.....







Nida.

Monday, May 14, 2007

Maafkan....

Alamak! Ni dah mula gabra....buku Pink Platun yang dikhaskan untuk Naga sudah jatuh ke tangan orang lain...Huhuhu...Amyz...Daun...Nida...Salina...maafkan akak! Ciuman korang dah sampai kat orang lain... Boleh maafkan akak?

Camnelah boleh selamba je bagi kat orang tu...Yang dapat pun sebab suka sangat gaknya tak tengok-tengok pun. Walhal dah ada nama....Haru...Haru...

Sorrylah Naga...nampaknya hasrat kau nak terima ciuman 'keji' penulis-penulis Pink Platun... tak kesampaian...

Tempah Pink Platun

HANYA RM17, ANDA BISA MEMILIKI KHAZANAH NUKILAN WANITA YANG HEBAT.

TEMPAHLAH SEKARANG!

MIAUUW~

Thursday, May 10, 2007

Pink Platun Blurb

Wanita adalah gabungan dua elemen warna. Merah yang Berahi dan Sucinya Putih. Maka terhasillah si Merah Jambu yang manis.

Pink Platun menggabungkan 13 rona Merah Jambu dalam satu.

Hai Wanita! Rona Merah Jambu manakah kamu? Kepada yang satu lagi, rona Merah Jambu mana yang menarik perhatian kamu? Bagi kami, tiada istilah berlebih-lebihan. ;-)

Jadi teruslah memerhati.

Tapi, berhati-hati...

Wednesday, May 09, 2007

PP - FULL LOOK & FEEL



Tempahan dibuka sekarang daripada Pink Platun yang anda gemari. :)

Link:Happy-Happy Day

This is an excerpt from my entry today in onebreastbouncing.blogspot.com:


So Happy that the blook (blogs entries that are compiled and made into a book or centrilog as some called it) entitled Pink Platun will be out very soon. I am one of the 13 selected writers. Feel very thankful to the organisers. Amyz and CikDaun, Nida too for doing a wonderful job. This blook is about various tones and shades of writing genres and styles. There's a section about love, spiritual, life blunder, love story and survival. And of course, I'm writing about survival. My section will be the heavy part. Others will be in between or in the lighter mood. Why Pink? Because it has a tone that signifies sexiness and hot at the same time...softness and loudness using the different shades of Pink. That color is usually suitable for ladies or woman...as for me...it is even more suitable as it signifies the relationship with breast cancer awareness...

a cut.

' Buktikan sikit yang 9 akal yang diberikan itu di gunakan secara terulung.'

Sejak itu aku apply invisible mode pada dia tidak hanya di YM.

Teaser 1

Opss. Seharusnya, aku tidak boleh forward 40 Kesalahan Lelaki Dalam Hubungan Intim kepada lelaki. Lelaki, mana boleh terima kesalahan sendiri. Kan?

Tuesday, May 08, 2007

TEASER

Aku berlari ke kaunter. Announcement tadi untuk saya. Dalam Bahasa Inggeris. Cemas. Terharu bercampur-baur. Orang di kaunter menggangkat gagang dan berkata sesuatu dalam bahasa arab. Hulur gagang pada aku. Aku sambut dan letakkan gagang di telinga.
“Hello...”
“Assalamu’alaikum”
“Wa’laikumussalam”
“Lama Nik tunggu kite?”

Isnin yang Penuh Debaran

Sengaja aku ambil cuti hari Isnin semalam. Sebab satu, untuk temankan nenek bertemujanji dengan doktor di Hospital Ampang.

Sebab dua. Yang penting sekali. Kerana Pink Platun kita ini. Berurusan dengan Meteor Doc untuk pencetakan naskah PP. Amat senang sekali berbicara dengan Nurul. Sangat friendly. Aku dah berlapang hati bila aku call Nurul pagi semalam di Hospital.

Mula aku risau, kalau-kalau urusniaga aku dan Meteor mungkin menghadapi kesukaran kerana selama ini Nida saja yang berurusan. Nida tenangkan aku, "Sebut aje nama aku" Cess!

Aku memandu ke Meteor Doc dan sampai di sana tepat 2:30ptg. Berdebar-debar sekali. Aku buat-buat saja muka confident aku tu.

Deal berlangsung lebih kurang sejam. Sebaik aku tandatangan sahsetuju dan penetapan tarikh siap di mork-up naskah PP dan cover PP. Hilang semua risau, beban, segala macam perasaan dalam hati dan fikiran aku.

Kini, debaran aku hanya menunggu Jumaat tiba.

Monday, May 07, 2007

BERDEBAR

Debaran
Menantikan kelahiran baby pertama
Dijangka lahir pada hari yang cukup mulia
Jumaat - penghulu segala hari

4 hari yang penuh debaran
Comelkah rupanya nanti
Bagaimanakah penerimaan umum
Mampukah ia memecah tradisi

Sama-sama kita doakan
agar kelahirannya dapat diterima ramai
dan menyuntik semangat kepada kita
agar terus menghasilkan produk lain di masa akan datang
InsyaAllah

Isnin, Selasa, Rabu, Khamis... JUMAAT..
Berdebarnya

Saturday, May 05, 2007

Banner Promosi

Banner Promosi sudah siap.