Wednesday, May 09, 2007

Teaser 1

Opss. Seharusnya, aku tidak boleh forward 40 Kesalahan Lelaki Dalam Hubungan Intim kepada lelaki. Lelaki, mana boleh terima kesalahan sendiri. Kan?

Tuesday, May 08, 2007

TEASER

Aku berlari ke kaunter. Announcement tadi untuk saya. Dalam Bahasa Inggeris. Cemas. Terharu bercampur-baur. Orang di kaunter menggangkat gagang dan berkata sesuatu dalam bahasa arab. Hulur gagang pada aku. Aku sambut dan letakkan gagang di telinga.
“Hello...”
“Assalamu’alaikum”
“Wa’laikumussalam”
“Lama Nik tunggu kite?”

Isnin yang Penuh Debaran

Sengaja aku ambil cuti hari Isnin semalam. Sebab satu, untuk temankan nenek bertemujanji dengan doktor di Hospital Ampang.

Sebab dua. Yang penting sekali. Kerana Pink Platun kita ini. Berurusan dengan Meteor Doc untuk pencetakan naskah PP. Amat senang sekali berbicara dengan Nurul. Sangat friendly. Aku dah berlapang hati bila aku call Nurul pagi semalam di Hospital.

Mula aku risau, kalau-kalau urusniaga aku dan Meteor mungkin menghadapi kesukaran kerana selama ini Nida saja yang berurusan. Nida tenangkan aku, "Sebut aje nama aku" Cess!

Aku memandu ke Meteor Doc dan sampai di sana tepat 2:30ptg. Berdebar-debar sekali. Aku buat-buat saja muka confident aku tu.

Deal berlangsung lebih kurang sejam. Sebaik aku tandatangan sahsetuju dan penetapan tarikh siap di mork-up naskah PP dan cover PP. Hilang semua risau, beban, segala macam perasaan dalam hati dan fikiran aku.

Kini, debaran aku hanya menunggu Jumaat tiba.

Monday, May 07, 2007

BERDEBAR

Debaran
Menantikan kelahiran baby pertama
Dijangka lahir pada hari yang cukup mulia
Jumaat - penghulu segala hari

4 hari yang penuh debaran
Comelkah rupanya nanti
Bagaimanakah penerimaan umum
Mampukah ia memecah tradisi

Sama-sama kita doakan
agar kelahirannya dapat diterima ramai
dan menyuntik semangat kepada kita
agar terus menghasilkan produk lain di masa akan datang
InsyaAllah

Isnin, Selasa, Rabu, Khamis... JUMAAT..
Berdebarnya

Saturday, May 05, 2007

Banner Promosi

Banner Promosi sudah siap.