Sunday, December 02, 2007

Cerita Malam Perempuan Perempuan (MASKARA 5)

Untuk membuat satu event aku rasa bukannya perkara mudah. Tambahan pula orang seperti aku yang sukar nak approach orang. No wonderlah aku try meniaga tak pernah kaya-raya. :-p Haha.

Back to the story. Here we go..

Malam 1 haribulan Disember 2007. Malam istimewa seperti mana yang diumumkan oleh pengacara Maskara 4, September lalu. Ladies Night di bulan Disember! Nantikan!

Lalu malam istimewa tadi, malam perempuan-perempuan naik pentas MASKARA dan membaca naskah dan karya mereka. Benar-benar istimewa. Ah, sayang sekali Ras Adiba tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan.

Tirai majlis dibuka oleh pengacara yang spontan dan aktif serta ramah, Kak AzieAzah dari Sahabat KLFM. Menerangkan serba sedikit tentang MASKARA, Sol-Jah dan Geng Jurnal kepada hadirin yang mungkin pertama kali hadir.

Disusuli pembaca naskah pertama, dari Pink Platun, Salina yang membaca tulisan beliau dari buku Pink Platun, Adil dan Arial. Gemuruh juga dia kerana terpaksa menjadi pembaca pertama. Terima kasih, Salina.

Kak Azie mengambil pentas kembali dengan memperkenalkan pembaca naskah seterusnya, Farahana Husain. Mantan Minggu Penulis Remaja 2002. Penuntut undang-undang di Universiti Kebangsaan Malaysia. Tampil ke pentas dengan anggunnya membaca cerpennya yang berjudul Mahkota di Atas Jemala.

Ummu Hani Hassan merupakan pembaca naskah ketiga. Juga merupakan mantan Minggu Penulis Remaja. Istimewanya, beliau merupakan penulis skrip drama Cinta Madinah. Beliau membacakan sedutan dari novel terbarunya Ladang Hati Mustika. Menarik sekali petikan novelnya.

Persembahan keempat merupakan persembahan yang lain dari yang lain. Yang indah dengan gerakan tangan dan bacaan puisi. Mawk membacakan puisi Tentang Hati dan Jumuyu melagukan syair Hamzah Fansuri. Sekali lagi, Mawk tampil dan membacakan karya Jimadie Shah, Gadis Sunti tak Tersentuh Lelaki 5. Nordiyana dan Nursafiah membuat gerakan tangan bahasa isyarat untuk ketiga-tiga puisi. Indah sekali. Nurdiyana juga membuat persembahan dalam bahasa isyarat dan diterjemahkan oleh Mawk; Stop The War, Bush!

Selepas rehat untuk minum dan makan makanan ringan. MASKARA diteruskan dengan pembaca Naskah kelima. Istimewa kerana pelakon, photographer dan penulis ini sudi hadir ke MASKARA yang baru mahu bertapak di arena sastera negara. Penganjur untuk Reading di No Black Ties setiap bulan, Bernice Chauly anggun sekali membaca monolog dari Sex Worker arahan Krishen Jit.

Salina Ibrahim, antara penulis wanita yang terkenal. Editor majalah Nur, tampil istimewa kerana sudi hadir untuk membaca naskah. Tampak cantik dan mesra. Membacakan karyanya Balik Kampung.

Diteruskan dengan bacaan puisi oleh Nida dari Pink Platun, bertajuk Katakan Pada Aku karya D'arkampo. Sinis sekali.

Pembaca naskah terakhir juga dari Pink Platun, Cik Daun. Membacakan karya beliau yang bertajuk Siri bercakap tentang Tempe & Jawa. Mendapat tepukan dan sorakan hadirin dengan gemuruh sekali.

Oleh kerana malam MASKARA 5 ini malam istimewa. Lelaki juga mahu tampil membaca naskah untuk wanita. Lalu di sesi 'open mic', lelaki pertama, Zaifulnizam 'Attokz' Wagiran tampil dengan membacakan sajak Gadis Hari Esok. Diikuti dengan lelaki kedua, Lutfi Ishak dengan karyanya bertajuk Mimpi.

Persembahan pelbagai gurindam istimewa dari seorang cikgu, Mohd Sidek Mohd Dollah dengan nama penanya Mas Adeki. Terhibur sekali dengan persembahan beliau mempelbagaikan puisi dengan pelbagai gurindam. Sungguh bererti.

Tok Rimau muncul istimewa dengan memakai topi perang ala askar German kemudiannya mengambil alih pentas dengan membaca karyanya di dalam Ayah Kita Bos bertajuk Mainan Baru Uncle dan Cinta Berinti Kasih, dan karya dari Kalashnikov, Mengejar Pembunuh.

Sinaganaga juga mahu tampak istimewa dengan topi perang ala askar German yang lebih kacak dari topi milik Tok Rimau, dengan penampilan khas Cik Daun membaca karya Sinaganaga, Cinta Itu Love. Persembahan yang paling kecoh sekali.

"Awak.. Jom make-love." Lakonan watak Siah oleh Cik Daun terkesan sekali. Mana lelaki tidak jatuh tersungkur jika diajak sedemikian rupa.

Persembahan diteruskan dengan Adi atas permintaan Mawk yang mahu beliau membaca puisi sebelum balik ke Berlin. Adi membaca Syukur dan satu lagi puisi yang saya terlupa tajuknya.

Tirai MASKARA ditutup oleh Kak AzieAzah dengan ucapan terima kasih atas segala kerjasama semua pihak yang sudi hadir dan bertahan ke akhir majlis.

Penghargaan MASKARA ditujukan kepada semua pembaca Naskah iaitu Salina, Farahana Hussain, Ummu Hani Hassan, Persembahan Puisi dengan Bahasa Isyarat (Mawk, Nursafiah, Nordiyana dan Jumuyu), Bernice Chauly, Salina Ibrahim, Nida dan Cik Daun. Juga penghargaan pada hadirin yang memeriahkan majlis.

Tidak lupa pada mereka yang sudi memeriahkan sesi open-mic, Zaiful @ Attokz, Lutfi Ishak, Mohd Sidek Mohd Dollah (Mas Adeki), Tok Rimau, Adi, Sinaganaga dan Cik daun.

Tak lupa pada Fadz kerana sumbangan beliau memberi buku-buku dari penulis-penulis wanita dan dvd-dvd percuma untuk hadirin yang datang. Terima kasih.

Juga ucapan terima kasih pada mereka yang terlibat dari pagi untuk penataan pentas, Sinaganaga, Tok Rimau, Attokz, Salina, Vovin dan Spyz.

Terima kasih juga kepada Nida & Daun atas sumbangan makan dan minum percuma.

Terima kasih kepada Salina, Bart (budak baik) dan kawan sebagai photographer MASKARA 5.

Ekstra terima kasih untuk Attokz atas bantuan mendapatkan MC, pembaca naskah dan wartawan. Terima kasih banyak-banyak. :-)

Mohon maaf atas salah silap dan kekurangan majlis ini. Yang baik datang dari Yang Kuasa, yang lemah dari kami manusia.

Untuk maklumat mengenai MASKARA dan berminat untuk membaca naskah/karya sastera. Dialu-alukan menghubungi Pengarah Projek MASKARA, Encik Nazri M. Annuar di e-mail nazri123456789@gmail.com atau lawati blog Sindiket Sol-Jah di http://sol-jah.blogspot.com

Untuk gambar-gambar malam maskara dari lensa Salina di sini

12 comments:

sinaganaga said...

Tahniah Amyz! We love you. Gummy! Ha ha.

Tok Rimau said...

Berbaloi travel dari Hohor untuk Maskara.

Berbaloi travel dari Berlin juga.

azieazah said...

Terimakasih kpd SEMUA yg terlibat dlm MASKARA V.. krn memberi peluang kpd Kak Azie terlibat dan mengenali anda semua..

Teruskan usaha anda..

Teirmakasihhhh..mmmmuahhhh,,!

sinaganaga said...

Amyz,
Cinta itu Love. Not 'is' lah. Ha ha.

Amyz! said...

naga : sorry. my bad. dah perbetulkan. hihi. :D

Tok : terima kasih atas sokongan Tok. Tok memang best!

Kak Azie : terima kasihhhh sgt2 kerana sudi jadi MC yang aktif.. hehehe.

cik puan daun said...

Amyz tahniah.. aku tak tolong tara mana pon.. air pon bibik2 yang buat..

But aku suka sangat2.. maskara 5 ni akan buat program maskara akan datang lagi happening kan?

Salina said...

tahniah geng-geng. salut!

el-Maaniq said...

tahniah.

Anonymous said...

congrats..!
la, aku dah terlepas banyak rupanya..

semua org cantik mlm tu!

Amyz! said...

Daun : benchmark maskara dah tinggi. ;-) Hahaha.

salina : tenkiu bebeh!

el : terima kasihhhh atas sokongan. :)

fadz : review kau pun bagus juga. :) hahaha. wanita memang cantik. ;-)

s said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

take me to the rooftop!