Ini adalah posting pertama di bulan puasa. Alhamdulillah dah hampir dua minggu kita berpuasa kan? So macam mana pengalaman berpuasa pada ramadhan tahun ini? Nampaknya ada yang dah bertukar title spt Ah Suez, ( tak sempat ucapkan tahniah atas pernikahannya dengan Samurai) daripada single kepada double. Sure manis-manis belaka pengalaman setelah bergelar isteri.
Bagi saya, Ramadhan kali ini sederhana aje. Byk minggu juga dihabiskan dengan keluarga. Agaknya saya nak catch up masa-masa terakhir sebelum bertukar title tahun depan. Saya tak mahu terkilan, kerana tak sempat nak menghabiskan masa dengan keluarga sebelum membina keluarga sendiri.
Bila sendiri (bujang) ni, masa ni la saya boleh bagi komitmen yang tak berbelah bagi pada keluarga. Bila-bila masa boleh balik kampung. Kalau tak dating la. Kadang-kadang dah ada date pon boleh cancel sebab nak balik kg. Kawan-kawan saya pula dok menghina saya (hina dalam ertikata bergurau), yang kampung saya cuma sekangkang kera aje. Ye lah. Di Banting, sahaja. Itu pon sibuk-sibuk nak balik.
Feeh. Dorang tak tau. Bila dah dekat lagi la expectation tu tinggi. Kalau tak balik, mula lah ayah saya bercakap nada sedih, which I cannot stand. Keluarga saya ni mmg kuat menyakat sket. Walaupun saya gelak-gelak. Tapi rasa bersalah tu datang juga.
Ini adalah cerita-cerita orang yang kampung dekat. Yang kampung jauh tu jangan terasa pula. Sebab saya faham. Nak drive 5 ke 6 jam utk balik kekampung adalah cabaran. Saya tak salahkan mereka kerana jarang jenguk kampung. Semua orang ada komitmen dan masaalah yang berbeza. Jangan pukul rata aje ok?
Posting ini macam tazkirah pulak. Saya tak bermaksud nak berbunyi ala goody-goody. But ambillah apa yang baik daripada posting ni. Yang tak bagus tu. Tinggalkan yach?
Tuesday, September 25, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Hik hik hik. Ramadhan pada status single yang terakhir. Hik hik hik.
Wa hari-hari pun ada kat rumah. wa ingat parent wa pun dah boring. wahahaha.
Maafkan saya.. selama ini saya yang selalu mengeji2 kamu kerana selalu pulang ke kampung..
fahamilah bahawa saya cemburu dengan keadaan kamu itu..
Huuuwaaaaa lagik jeless banget
psl tak penah rasa balik kg yg separa jauh (banting lagik jauh dari ceras kan, so consider jauh ler) mahupun yg jauh2 5-6 jam driving....
Post a Comment