Thursday, August 09, 2007

Membaca Pink Platun Sekali Lagi

Lama pula tak menulis di sini. Sunyi betul Pink Platun ni. Mana orang lain yach? ;-)

Aku tak mahu bercerita tentang aku di sini. Tapi, aku nak cerita tentang Pink Platun. Yang aku ulang baca semula entah berapa ratus kali. Entah. Perasaan teruja masih ada. Mungkin orang dah muak dengan Pink Platun. Tetapi aku tak rasa begitu pun. Aku masih mengusap cover comelnya dan membaca bait-bait tulisannya.

Teringat waktu-waktu huru-haranya kami mencari senarai penulis.
Teringat waktu-waktu proof-reader di pejabat Nida dengan aircon yang kurang berfungsi. Lemah syawat, kata Nida.

Dan banyak lagilah aku teringat bila aku pegang Pink Platun dan menyelak halaman demi halaman.

Aku suka baca tulisan-tulisan mereka semua berulang-ulang. Biar sehingga hafal. Teringat pula waktu Maskara 1. Aku baca sangat laju, tegur Naga. Malunya.

Bila tiba hasil tulisan aku, cepat-cepat aku pergi ke penulis seterusnya. Malas nak baca tulisan sendiri. Muak!

:-)