Wednesday, March 28, 2007

Langkah Mantap

Kita mula mengatur langkah. Satu-satu. Penuh hati-hati. Bukan takut tersungkur. Bukan takut tersandung. Tapi langkah kita langkah mula. Biarlah jiran kita berlari. Sambil bernyanyi-nyanyi. Sambil membawa sepanduk. Waima berjalan dengan gaya seorang peragawan. Kita tidak akan rasa 'inferior'. Mereka sudah lama bertatih. Wajarlah mereka sekarang berlari.

Tapi kita baru mengenal untuk menapak. Biarlah kita ibarat sang air...yang kelihatannya begitu lembut tapi bisa melekukkan batu yang keras. Yang kelihatannya tenang, tapi boleh mengocakkan gelora. Bila tatih kita mula mantap. Kita juga kan berlari. Waktu itu, bunyi sepatu kita pun orang akan kenal. Goyang punggung kita pun orang sudah tahu. Siapa kita.

Jadi jangan gusar. Kita pastinya akan melangkah laju. Mungkin dengan gaya. Mungkin dengan stail. Pastinya dengan keyakinan.

Semangat kita mesti terus membara.

Fikiran mesti positif.

Yakinlah!

Yakinlah!

Buku.

Kalashnikov from sindiket soljah dah start promosi. Aku makin berdebar. Makin nervouse. Damn! Tenggelamkah buku kita akibat keglemeran mereka? Bukan main-main Sindiket Soljah. Punya penulis yang bagus-bagus.

Tiba-tiba aku rasa sangat rendah diri.

Moral support sangat diperlukan.

Tuesday, March 27, 2007

Spring is here!


Daffodil kuning sudah mula berkembang.
Tapi lili merah jambu juga yang memikat hati :)

Saturday, March 24, 2007

Aku Tak Mimpi

Aku tak bermimpi mengenai buku..

Juga tidak mimpikan bukunota..

Cuma apa yang aku buat setiap hari di pejabat dibayangi dengan kerja-kerja editing.

Padahal memang itulah kerja dan kerjaya aku sejak dulu lagi.

Menaip surat, laporan dan lain-lain lagi jenis taipan.

Cuma aura penulisan buku tu meresap dalam diri.

Tiba-tiba.

Friday, March 23, 2007

Tak ada mimpi indah.. cuma yang ngeri-ngeri

Seram lagi takut!!!

Bolehkah team Pink Platun memenuhi ekpektasi semua orang. Adeihh.

Sekarang ni PM asyik bermimpi ngeri sahaja. Doakan yach?

Moga PP keluar on time. Tertekan jugak bila tengok Soljah dah kuar iklan.

Berjangkit

Oh, aku pun bermimpi. Sepertimana Kak Raden & De5lin. Yang PP sudah siap untuk dibaca dan dimiliki.

Ya, Hidup itu indah!

Thursday, March 22, 2007

Separa sedar!

Aku ambil. Aku belek-belek. Aku buka. Aku baca.

Aku seronok. Orang lain pun seronok. Semua orang suka.

Heh?! Dah siap? Dah bercetak!

Pap!

Hari itu Kak Raden tulis entri Mimpi aku gelak kecil.
Hari ini kene pula pada aku.
Aku pun dah terkena sindrom mimpi Pink Platun.
Dasatnye penangan. Siapa lagi mimpi angkat tangan!

Wednesday, March 21, 2007

Perkembangan.

Entri dah masuk dalam page maker. Edit sana-sini. Susunan manuskrip juga perlu diambil kira, supaya nafsu pembaca tidak terhenti dan sentiasa merasa ghairah untuk menghabiskan pembacaan buku.

Cover baru shooting-shooting. Nanti kita akan pilih salah satu cover yang sangat cun dan menarik perhatian orang untuk membelinya.

Harap semua berjalan lancar. Amin. Doa yang baik-baik saja ok? :-* muah!

Thursday, March 15, 2007

Mimpi

Malam tadi akak bermimpi... Sampai pagi terasa mimpi bagai realiti. Segaknya wanita bertudung itu berdiri, manis wajahnya berseri-seri. Menyandang beg tangan pink. Memegang cermin mata 'eksyen' (macam amyz punya - ye ke? akak pun tak pernah nampak) berbingkai pink juga...

Daun, akak dah terbawa-bawa hajat ke dalam mimpi ni...

Alahai...

Komen

Dah enable kan komen. Boleh komen-komen dengan sukahati. Lalalilala.

Monday, March 12, 2007

Lagu Tema

Hari Ahad 25hb Feb, berkampung di rumah Daun. Buat proofreader. Sambil tengok tv dan dengar lagu. Nida pasang lagu Firdaus. Yang aku tahu cuma satu lagu, Ku Berlari.

Dan kami yang tak hafal lirik ni cuma nyanyi;

Yale.. Yalee...

Haha.

Ni lirik lagu:

Ku langkahkan kaki ini
Di hangat mentari pagi
Ku syukuri hari ini, aku masih berdiri

Dan aku tinggalkan masa kelabu
Dan lalu mulakan jalannya kerna-Mu

Semangat optimis diri jalan hari dengan pasti
Selama jantung berdetak, selama itupun

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti

Terjatuh bangkit aku kembali
Susah payah aku tak peduli
Kerna hidup hanya sekali

Akbar:
Dengarkanlah teman seloka hiburan
Tak perlulah kita asyik nak berlawan
Kita semua kawan tak boleh berlawan
Kalau kita renggang kita ketinggalan

Bebaskan dirimu dari dibelenggu
Teruskan langkahmu ayuh kita maju
Mari bersamaku nyanyi lagu ini
Jangan difikirkan resah yang di hati

Semua itu hanya dimindamu
Tak perlu kau sangsi tak perlu kau ragu
Segala-galanya pastikan berlalu
Mentari kan muncul mendung kan berlalu

Cat Farish:
Suka duka perkara biasa
Kita pasti lalu bezanya pada waktu
Bila berlari kenalah berstrategi
Jangan ikut hati, ikut hati nanti mati
Biarlah terlambat atur jalan cermat
Pelan-pelan kayuh jgn sampai otak penat
Sentiasa bawa diri hati-hati hari-hari beri erti pada diri
Jangan berhenti kejar mimpi senyuman diberi tanpa semua benci menghantui hati
Biarkan saja, takdir semua nyata
Bersyukurlah masih lagi bernyawa

Firdaus:
Dan aku tinggalkan masa kelabu
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti

Takkan berhenti
Berlari wujudkan mimpi
Terus berlari
Agar hidup ini bererti

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi…
Berlari..

Tuesday, March 06, 2007

Edit Mengedit

Memula kami print manuskrip semua penulis. 13 bahagi 4. Kemudian kami pun tandakan manuskrip itu macam cikgu Bahasa Melayu waktu sekolah dulu. Yang tertinggal nak bold slanga, kami bold-kan. Yang tertinggal nak italic Bahasa Inggeris, kami italic-kan.

Jangan risau. Semua orang ada salah di situ, sana dan sini. Termasuk Pengarah Projek juga yang banyak typo-errornya. Haha.

Saturday, March 03, 2007

Kimi wa kawaii, Boku no kuroneko
Akai ribonga, Yoku ni au yo
Dakedo tokidoki, tsume wo dashite
Boku no kokoro wo nayamaseru
Kuroneko no tango, tango, tango
Bokuno koibito wa kuroi neko
Kuroneko no tango, tango, tango
Neko no me no you ni, kimagureyo
Lalalalalala lala
nyaao...

Nandaiyoo!!

Hahahaha...ganbatte!!